Kerjaya kelab Tanguy Kouassi

Paris Saint-Germain

Sebagai pemain lepasan akademi Paris Saint-Germain, Kouassi melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama PSG pada 7 Disember 2019 dalam aksi liga menewaskan Montpellier 3-1.[4] Beberapa hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah mengalahkan Galatasaray 5-0.[5]

Beliau telah menjaringkan gol pertamanya dalam aksi Coupe de la Ligue menewaskan Reims 3-0 pada 22 Januari 2020.[6] Jaringan oleh Kouassi itu menandakan jaringan PSG ke-4000 dalam sejarah kelab.[7] Kouassi telah menyumbat jaringan pertamanya di Ligue 1 dengan menghasilkan dua gol dalam perlawanan terikat seri 4-4 menentang Amiens pada 15 Februari 2020.[8]

Bayern Munich

Pada 1 Julai 2020, kelab gergasi Jerman iaitu Bayern Munich telah mengumumkan pembelian Kouassi yang bertempoh selama empat tahun.[9]

Rujukan

WikiPedia: Tanguy Kouassi http://www.soccerway.com/players/571815/ https://www.abidjanshow.com/football-tout-savoir-s... https://bleacherreport.com/articles/2872668-neymar... https://fcbayern.com/en/news/2020/07/press-release... https://www.goal.com/en-us/match/reims-v-psg/aalqu... https://www.ligue1.com/Articles/NEWS/2020/04/30/ps... https://www.ligue1.com/Articles/ONE-TO-WATCH/2020/... https://us.soccerway.com/matches/2019/12/07/france... https://www.theguardian.com/football/2020/feb/15/e... https://www.fff.fr/equipes-de-france/8/u18/matchs/...